Tempat Wajib Lawat di Bandung – Tangkuban Perahu

Lama betul tak update blog ini. Memandangkan ini website homestay, jadi tak salah kalau saya kongsikan tentang pengalaman melancong ke Bandung, Indonesia. Trip ni pergi dengan suami, hajat nak ke Bali tapi suami tak nak sebab tak ada benda menarik di Bali katanya. Saya ikut saja.

Bila saya cakap kat kawan-kawan yang saya nak ke Bandung, rata-rata rekemen saya daki Gunung Tangkuban Perahu. Mendaki sebetulnya bukan minat saya, tapi suami minat. Jadi kami decide untuk ke Tangkuban Perahu pada hari kedua terakhir di Bandung. Kami di sana selama 6 hari 5 malam.

Sehari sebelum pergi, kami minta pihak hotel sewakan kereta dan pemandu untuk satu hari, dapat harga IDR450,000 (kalau pandai negotiate boleh dapat IDR350,000) dan kereta MPV Suzuki. Naik dua orang je. Trip ke Tangkuban Perahu dari bandar Bandung mengambil masa hampir sejam. Kami bertolak awal-awal pagi lagi. Sampai kat pintu masuk lebih kurang jam 8 pagi.

Bayaran masuk bagi pelancong asing ialah IDR50,000. Kalau nak murah, masuk dengan van atau kereta sewa dan suruh pemandu tolong belikan. Dapat harga warganegara Indonesia iaitu IDR17,000. Masalahnya suami saya mat salleh, mana boleh nak buat trik macam tu. Sah-sah tak menjadi. Haha

Melancong ke Bandung

Gambar ni snap masa dalam kereta menghala ke Tangkuban Perahu, cantik juga pemandangan sekitar pinggir Bandung ni. Tengok pun dah nampak nyaman je. Sebaik je sampai, kami suruh driver tunggu kat luar. Orang tengah semangat nak mendaki nih. Mendaki ke menapak? Saya rasa menapak lebih sesuai. So tak sesuai kalau saya gunakan “mendaki” sebab saya rasa ia tak mencabar langsung. Dari pintu masuk sampailah ke puncak, semua jalan tar dan ada ruang pejalan kaki di tepi jalan.

Kalau makcik dan pakcik tak larat mendaki, menapak, boleh je masuk dengan van atau sewa motor yang boleh didapati lepas pintu masuk dengan sedikit bayaran.

Melancong ke Bandung

Ni gambar pertama saya snap masa mula-mula menapak. Suhu sini lebih sejuk dari Kota Bharu. Average suhu di Kota Bharu ialah dalam 30 hingga 34 darjah, kat sini saya rasa macam bawah 28 degree. Kat atas puncak tu surelah lagi sejuk. Lagi sejuk dari Cameron Highland. Macam Kota Bharu bulan November – Disember, lebih kurang tu lah sejuknya.

Melancong ke Bandung

MasyaAllah, cantik kan? Ni antara pemandangan semasa gigih menapak Tangkuban Perahu. Sambil menapak, sambil ambil gambar. Kalau naik van, for sure tak dapat lihat pemandangan yang cantik macam ni.

Melancong ke Bandung

Ni corner terakhir sebelum sampai ke puncak nih. Gigih betul menapak ~.~

Melancong ke Bandung

Ni lah dia yang orang situ duk banggakan sangat. Kawah gunung berapi. Bau kat sini secara keseluruhan bau macam telur rebus basi. Bau sulfur, mula-mula memang rasa loya sikit, tapi dah seketika, alah bisa tegal biasa. Kejap je loya tu. Kalau rasa tak tahan, tutup hidung tu dengan mask atau muffler.

Melancong ke BandungMelancong ke Bandung

Ada kedai-kedai yang jual cenderahati. Ada kedai air teh halia juga. Kami tak minum minum pun kat atas ni. Tahu-tahu je lah kan, tempat macam ni harganya sama tinggi dengan gunung.

Melancong ke Bandung

Terpukau jap tengok kawah ni. Air kebiruan tu sebab kandungan sulfur yang terlalu tinggi. Cantik sangat.

Melancong ke Bandung

Ni lah satu-satunya cenderahati yang kami beli, iaitu bekas letak pen dibuat dari batang pokok paku pakis. Macam buluh lah, cuma ia hanya boleh didapati kat puncak Tangkuban Perahu je. Kami ada juga pusing-pusing kat dalam kedai dan supermarket di Bandung, langsung tak jumpa pun. Nasib baik terbeli satu.

Melancong ke Bandung

Paku pakis ni mengambil masa hampir 50 tahun untuk membentuk corak macam tu kat dalam kulit daun tu. Bila kikis, nampak corak batik macam tu. Bila dah lama-lama, larikan kayu tu akan merekah keluar, nampak macam ukir. Sebiji harganya lebih kurang RM35. Berbaloi la kalau beli sebab tak boleh dapat kat tempat lain.

Tshirt logo Bandung tu kat mana pun ada, tapi yang ni memang unik.

Kami lepak kat situ sampai jam 3 petang. Ada masjid dan tandas awam. Masjid free je, tandas kena bayar IDR2,000. Pelik kan, dah la nak masuk kat bawah tu dah kena bayar, nak guna toilet pun kena bayar. Air kat toilet tu, bayangkan je ye, macam air sejuk dalam peti ais. Best betul ambik air sembahyang dengan air sejuk nih.

Cukup dulu untuk kali ni, lain kali saya kongsikan tentang dua buah hotel yang kami menginap di Bandung. Satu hotel kecil yang saya rekemen, dan lagi satu hotel baru yang tak berapa rekemen.