Siang tadi sempat singgah di Muzium Negeri Kelantan, untuk lawat Pameran Al-Quran Emas dan Perak dari China. Pameran ni berlangsung dari 1 Mei hinggi 31 Ogos 2012. Sempat lagi bagi sesiapa yang nak pergi.
Tiket masuk ialah RM5 untuk dewasa. Mahal sikit sebab special event, kata penjaga muzium.
Bawah ni beberapa keping gambar yg sempat ambe snapped tadi. Layan je yo.
Ini ialah bekas pemanas air.
Ini tembikar dengan tulisan apa entah ambe tak boleh baca. Macam arab, tapi… entah.
Sebelah kiri gambar di atas ni ialah bekas pembakar daging. Bekas ni ada 2 bahagian. Bahagian bawah tempat di mana bara api akan dimasukkan, dan di atas tu daging akan diletak untuk dibakar.
Yang sebelah kanan tu pula, bekas simpan air.
Yang ni pula jed. Jed! Besar gila. Tinggi jed ni ialah sama tinggi dengan adik aku. Huhu Wonder how much is the value?
Serius, rekaan bahan-bahan beribu tahun umurnya ni sangat unik. Diperbuat dari gangga dan penuh dengan ukiran. Macam mana lah dia buat semua ni sedangkan zaman dulu kan bukannya ada moulding machine seumpamnya tu.