JAKEL Kubang Kerian Dah Buka Dah

Baru ni Gulati’s Silk House buka di Lembah Sireh, Kota Bharu. Hari ni pula Jakel Kubang Kerian dibuka secara rasmi, jadi bolehlah kita shopping kain raya nanti. Located exactly next to Mydin Hypermarket, apposite Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Macam biasa la, sedikit masa diluangkan untuk bawa mommy pergi ringankan poket.

Ni dia Jakel Kubang Kerian.

jakel kota bharu

Ramai jugak makcik-makcik yang datang membeli sini. Lepas membeli, boleh gi makan kenduri pembukaan pula. Ada nasi gulai daging, ayam masak merah, kuih-kuih. Makan je sampai kenyang. Tapi untuk hari ni aje la.

jakel kota bharu

Sedang-sedang duk tengok kain tu, tiba-tiba brader kacak ni datang kat depan aku sambil laung “HAPPY HOUR! HAPPY HOUR! Yang hujung tu harga biasa RM280 sepasang, sekarang saja kami beri RM160 dua pasang. Yang ni pula RM100 dua pasang!!

Mak aihh.. mau tak cair? Tapi tak pe. Aku tak berkenan dengan kain pasang buat masa ini sebab stok tahun ni dah pun cukup.

jakel kelantan

Karpet pun ada jual, tapi kami tak mau.

jakel kelantan

Kami nak cari langsir untuk rumah sewa yang baru nak buka. So kena naik tingkat atas di bahagian langsir. Tak ramai sangat yang nak beli langsir ni.

Ow ye, di bahagian langsir tak ada pula “HAPPY HOUR”. Kat kain pasang je ada.

jakel kelantan

Siap-siap pilih, terus gi bayar. Ambik yang harga RM6.80/meter corak bulat-bulat (harga asal RM12.80/meter).

jakel kelantan

Satu benda aku nak puji pada pihak Jakel ni. Lepas bayar, pekerja lelaki dia tolong hantar plastik berisi langsir ke kereta! Bagus beteiii!