Entah dimana Islamiknya sistem penjualan Dinar Kelantan. Ambe bukan budak bodoh tak pandai baca graf market. Malah dah 3-4 tahun duk kerja baca dan analisis graf.
Semasa harga emas murah, tak angkat telefon. Masa harga emas mahal, dia yang telefon cari kita.
Ok lah, tapi.. KGT jangan duk gebeng cakap stok tak ada. #puii
Dan jangan duk jual dengan bukan market price. #2x pui
Semasa harga emas bullish, bising duk gebeng cakap suruh beli emas sebab dinar itu matawang Islam. Bila harga emas murah, cakap stok tak ada.
Di mana Islamiknya mereka-mereka yang duk jaja serata Malaya suruh guna Islamic currency, kalau:
- sorok stok dengan tujuan tunggu harga naik – ihtikar. Haram
- hari Rabu, Khamis. Harga emas murah, tak jawab telefon. Tak reply emel. Bila harga emas mahal, bising duk kontek kita.
- jual dengan harga bukan semasa – ambe bukan ustazah, tapi kalau nak beri hadis azzahabu bizzahabi wal fiddhah bil fiddhah tu boleh je. #riba tu haram wei.
PS: Islamic Islamic. Tapi buat benda kerja haram juga. Menggunakan agama untuk tujuan buat untung. Ibarat pakai jubah, tapi tebuk lubang di bontot.
PPS: I do hope harga emas cecah USD1,100 or USD1,200/oz. Walaupun agak mustahil tapi in trading, anything might happen. Kalaulah valid analisis bearish tu, penjual dinar boleh cuti setahun. KGT boleh tutup muka tebal-tebal.
