Blog Tuan Rumah

Baru je aku pergi Cat Carnival 2012, di Kelantan Trade Center. Kucing-kucing situ semua comel-comel belaka.

Gemuk.

Sihat.

Manja.

Lincah.

Memang geram lah!

cat carnival 2012

Yang kuning ni jenis Parsi.

cat carnival 2012

Yang ni pula jenis Bengal.

Ada banyak lagi gambar lain. Boleh klik sini untuk tengok. Harapnya acara macam ni akan diadakan lagi pada tahun-tahun depan.

Shopping lagi tapi bukan di supermarket atau hypermarket.

Kali ni di Pejabat Tanah, beli hartanah pertama di kawasan Bachok. Tanah lot padi, ada seorang pak cik yang usahakan tanah tu sekarang ni. Jadi, buat masa ini.. aku biarkan je dulu pak cik tu bercucuk tanam di situ. Dalam kepala ni, belum ada perancangan lagi.

property investment

Oh ya, sebetulnya aku puji kakitangan dan susun atur Pejabat Tanah Bachok yang jauh lebih efisien jika dibandingkan dengan Pejabat Tanah Kota Bharu. Tidak hairan lah dulu, seorang auditor ada beritahu aku yang Pejabat Tanah Bachok ialah pejabat contoh untuk 5S.

Apapun alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki ini. Semoga aku dimurahkan rezeki lagi. Amin ya rabbal aalamin.

PS: Harap-harap orang LHDN tak cari aku, sebabnya aku beli ni dengan duit mak bapak. hahaha

Akhirnya sampai juga aku ke Masjid Beijing yang letaknya betul-betul tepi jalan menghala ke Rantau Panjang. Bukan apa, orang lain semua dah pergi dah. Aku juga yang outdated sikit. Singgah sini pun sebab kebetulan pergi ziarah bekas guru sekolah menengah dulu yg sedang sakit.

Senang je nak jumpa masjid ni. Kalau dari Bandar Baru Pasir Mas, sah akan nampak masjid ni dari jauh sebelum tiba di bandar Rantau Panjang.

Jadi aku nasihat, kalau pelancong yang nak sembahyang sebelum shopping.. baik singgah sembahyang situ lah sebab di Rantau Panjang tu susah sikit nak cari masjid. Bukan tak ada masjid, tapi disebabkan faktor jalan yang sempit dalam bandar Rantau Panjang.. aku rasa sukar sikit la bagi orang atau pengunjung yang tak biasa.

Macam biasa, layan gambar je la ye. Hehe

masjid beijing kelantan

beijing mosque rantau panjang

beijing mosque rantau panjang

beijing mosque rantau panjang

masjid beijing

Must visit place :)