Take 1 basic recipe, and make 100 pizzas. Buku pemberian adik saya, Zahidah.

Untuk rekod, sehingga sekarang hanya sebiji sahaja Pizza sudah siap dihasilkan setelah mendapat buku ini.
Malangnya.. Pizza Hut juga yang sedap, sebab cepat boleh makan :p
Makanan

Saya kurang pasti nama menu ini, sebab ini resipi rekaan bijak-bijak sendiri
Kentang rebus, tanpa dibuang kulit. Kemudian sejukkan kentang dan potong kpd dua bahagian.
Lapis dengan sosej, sos (anda boleh gunakan sos Prego, tapi saya gunakan sos pizza), dan dilapis dengan Mozarella Cheese dan dibakar dalam oven.
Pesan Chef Fendy KB FX, kalau mahu lebih crispy pada bahagian atas, boleh ditambah Parmesan, dan bakar menggunakan Salamander untuk lebih best. Tapi kalau guna oven pun dah okei
Ini resipi sendiri. Alkisahnya ada masalah penghadaman sehingga terpaksa ke hospital. Doktor ada beri ubat sapp, dan ubat untuk minum. Sambil tu, si doktor wanita umur 50-an pesan suruh makan kurma dan minum susu.
Kurma yang manis dan susu ialah bukan makanan feveret ambe.
Nak tak nak, kena cuba juga. Baik. Jadilah kurma milk shake.
Ambe guna Kurma Mariami dan susu segar Dutch Lady. Buang biji buah kurma (7-8 biji) dan blend dengan segelas susu segar.
Baru tahu, rasanya sangat WOW!! Sedap gilaaaarr. Hari-hari boleh buat ni. Lagi sedap dari rasa vanilla. Anda mesti cuba.
