Event

Event

Baru je aku pergi Cat Carnival 2012, di Kelantan Trade Center. Kucing-kucing situ semua comel-comel belaka.

Gemuk.

Sihat.

Manja.

Lincah.

Memang geram lah!

cat carnival 2012

Yang kuning ni jenis Parsi.

cat carnival 2012

Yang ni pula jenis Bengal.

Ada banyak lagi gambar lain. Boleh klik sini untuk tengok. Harapnya acara macam ni akan diadakan lagi pada tahun-tahun depan.

Yah! Bagus beteii Fireflyz. Dulu susah kemain sebab yang aku tahu ada cuma MAS je. AirAsia tak da lagi. Mungkin tak lama lagi baru AirAsia akan buat route Kota Bharu – Johor Bahru  macam ni kot.

Untuk maklumat lebih detail, visit website Fireflyz je http://www.fireflyz.com.my

So senanglah kita nak gi shopping di Johor atau Singapore lepas ni. Hehe

  • Effective 26th April 2012, every Tuesday, Thursday and Sunday.
  • Booking period from 21st March until 1st April 2012
  • Travel period from 26th April until 31st July 2012

fireflyz kota bharu johore bahru

Minggu lepas budak marketing Tunjong Pavilion telefon aku ajak gi launching Tunjong Pavilion. Seingat aku, aku dah cakap dah dulu yang aku tak minat retail lot ataupun shop lot, yang aku minat ialah service apartment ataupun apartment. Jadi bila dorang telefon tu, aku andaikan akan dimaklumkan pasal apartment unit la. Rupanya cuma detail pasal retail lot je yang ada. Yang apartment langsung tak dak. Professional beteii.

Alang-alang dah pergi tu, aku dengar aje cerita budak marketer tu. Starting price untuk retail lot di tingkat 1 ialah RM560,000++ bagi satu shop lot keluasan 1440 kaki persegi. Wuih.. besar tu 1440 kaki persegi. So dalam kepala aku, saiz kedai tu kemungkinan 20″ x 70″.. lebih kurang sebiji rumah teres termasuk pagar dan belakang rumah. Ini macam kalu, memang awesome besar la dan padan dengan harga RM560K++. Manakala tingkat 2 dan 3 tidak akan dijual. Mungkin untuk disewa pada fikiran aku la.

So aku minta layout, tapi tak ada. Yang ada cuma lakaran je luar je. Layout kedai tak da. Entah bila nak ada, Allahu’alam. Memandangkan info yang aku nak tak dapat disediakan.. so aku pun bangun dan start kereta dan terus balik rumah.