Sebelum tu, terima kasih kepada tuan punya resipi Mee Sizzling yang aku ambil dari sini. Dah aku cuba dah, resipi ni menjadi dan sangat awesome!

Ni aku masak on the spot, tak sempat nak gi beli cendawan Shitaki atau Shimeji. Jadi, presentation pun tak secomel presentation si empunya resipi asal.
Apa yang penting, rasanya sedap. Bukan sebab aku pandai masak, tapi sebab resipi tu betul-betul menjadi. Hihihi
Ni antara event yang aku akan pergi la. Bukan sebab nak hias rumah, tapi beli barang-barang keperluan rumah yang mana kadar turnover tinggi. Turnover tinggi maksud aku barang yang cepat rosak macam mentol lampu, kipas dan seumpamanya. Heheh
So.. aku beli sedozen lampu dan tiga biji kipas siling di Hall A. Satu lampu harga RM6.90 berbanding harga asal RM13.xx dan kipas siling RM89 berbanding biasanya RM120. Okei. Enuogh. Cukup la tu untuk kali ini. Nak sambung pergi ke Hall B tak larat dah tadi sebab Kota Bharu sangat panas terik. Lagipun ummi dah buat muka penat dah tu :0

Malaysia pun ada spesis cendawan yang sedap, orang sini panggil Cendawan Pusu sebab nature cendawan ni tumbuh di busut, atau pusu. Rasanya lagi sedap dari Cendawan Shimeji, Cendawan Paha Ayam, Cendawan Butang. Aromanya memang special, apa lagi kalau masak pedas macam ni.
Nah, ini menu tengah hari aku. Masak pedas cendawan pusu, ikan Jenahak bakar.

Cuma kenapa orang di sini tak commercialized spesis cendawan ni? Harapnya ia tak pupus.